Gitar Jenis Akustik atau Elektrik
Buat keputusan terlebih dahulu samaada anda memerlukan gitar jenis akustik atau jenis elektrik. Keputusan anda semestinya berdasarkan jenis muzik yang ingin anda pelajari. Jika akan meminati muzik rock, maka gitar jenis elektrik adalah lebih sesuai. Namun, jika anda meminati muzik jenis classic, santai atau folk maka gitar jenis akustik lebih sesuai.
 |
Gitar Akustik |
 |
Gitar Semi Akustik |
 |
Contoh : Pakej Gitar Elektrik Untuk Beginner |
Secara umumnya, gitar dari jenis akustik/kapok adalah lebih sesuai untuk mereka yang baru belajar (beginners) dan ianya adalah lebih murah dan mudah dikendalikan berbanding gitar elektrik.
Baru atau Terpakai
Ini bergantung kepada budget dan kualiti gitar yang ingin anda perolehi. Kelebihan memiliki gitar baru memastikan anda merupakan pemilik pertama gitar tersebut dan juga dapat memastikan bahawa instrumen tersebut dapat berfungsi dengan baik. Anda juga boleh dilindungi jaminan samada dari penjual ataupun pengeluar. Namun, sudah semestinya gitar baru lebih mahal dari gitar terpakai.
Manakala, membeli gitar terpakai adalah lebih murah namun anda harus memastikan bahawa anda telah meneliti setiap bahagian dan aspek secara teliti untuk memastikan tiada sebarang kerosakan terutamanya bahagian leher gitar ataupun neck.
Sebaiknya, bawa seseorang yang pakar untuk menguji prestasi gitar tersebut. Selain itu, gitar terpakai selalunya tiada jaminan atau warranty namun masih ada sesetengah penjual yang memberi jaminan dari kedai mereka untuk gitar terpakai. Namun, dikhuatiri instrumen tersebut tidak mampu untuk bertahan lama.
Jenama
Terdapat banyak jenis gitar dipasaran hari ini. Anda seharusnya melakukan survey sebelum membeli gitar idaman anda. Beberapa faktor mestilah diambil kira antaranya, bajet kewangan anda, umur anda/pemain gitar. Untuk dewasa gitar bersaiz besar lebih efektif manakala untuk kanak-kanak saiz gitar adalah lebih kecil. Anda boleh melakukan survey melalui internet atau bertanya kepada pembantu kedai muzik serta boleh mendapatkan informasi daripada pemain gitar yang lebih pakar seperti cikgu muzik.
 |
Contoh : Gitar Untuk Kanak-kanak |
Untuk gitar jenis elektrik terdiri daripada pelbagai jenis bentuk badan, pickups,bridge,neck dan juga jenis kayu. Setiap jenis ini banyak memainkan peranan untuk jenis muzik yang akan anda mainkan serta keselesaan anda dalam bermain gitar.
Kualiti Instrumen
Sebaik-baiknya anda mestilah mencuba dulu instrumen muzik yang ingin anda beli. Ini kerana anda dapat mengetahui kualiti sesebuah gitar dari aspek prestasi dan kepuasan memainkannya. Apa yang penting anda mestilah selesa memainkannya, instrumen mudah dipegang atau dikendalikan serta mengeluarkan bunyi yang baik. Kerana itulah saya menyarankan kepada beginner’s untuk membawa seorang rakan yang boleh bermain gitar dengan baik untuk membantu anda menguji sesebuah gitar sebelum membeli. Sebagai permulaan gitar jenis akustik/kapok/classical adalah lebih mudah kepada mereka yang baru bermain gitar.
Aksesori Gitar Anda
1. Tali
 |
Steel string |
 |
Nylon String |
Ø Jenis Akustik -Gitar jenis ini kebiasaanya menggunakan tali jenis besi/steel/nikel atau tali jenis nylon. Tali jenis besi kebiasaanya digunakan untuk teknik jenis strumming ataupun jenis teknik memetik tali dalam bentuk melodi seperti pemain lead gitar. Manakala tali gitar jenis nylon pula kebiasaanya digunakan untuk teknik finger-style seperti muzik jenis flamenco dan classical seperti dalam filem Desperado. Selain itu juga, tali jenis nylon adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya lebih mudah untuk dikendalikan.
Ø Jenis Elektrik – Gitar jenis ini menggunakan tali jenis besi yang selalunya diselaputi lapisan nikel. Tali jenis besi adalah lebih sesuai memandangkan frekuensi getaran tali jenis ini adalah lebih lama berbanding tali nylon yang bertujuan untuk memanjangkan tempoh sesuatu bunyi/note itu dipetik. Selain itu tali gitar elektrik adalah lebih lembut berbanding tali gitar akustik dan tidak menyakitkan jari. Tali gitar elektrik juga boleh dipasangkan kepada gitar akustik anda namun kualiti bunyi yang dihasilkan kurang baik namun masih boleh dimainkan.
2. Beg – Bertujuan untuk melindungi gitar anda terutamanya jika anda membawa gitar keluar rumah untuk kelas muzik ataupun gigs.Terdapat 2 jenis beg dipasaran seperti :-
 |
Contoh : Gig bag |
Ø Gigs Bags – Beg jenis kain atau kulit lembut yang main hanya sesuai untuk melindungi gitar anda dari kelembapan persekitaran serta kekotoran. Namun dari aspek perlindungan dari hentakan atau tekanan beg jenis ini kurang sesuai.
Ø Hard Case – Jenis berkulit keras yang mana diperbuat dari kulit,plastik jenis PU, kayu, besi dsb. Beg jenis ini tahan dari kelembapan persekitaran serta kebiasaanya dapat melindungi gitar anda dari hentakan atau hentaman jika terjatuh. Maka tidak hairanlah harganya lebih mahal berbanding beg jenis kain.
 |
Contoh : Amplifier |
3. Amplifier – Diperlukan untuk gitar Elektrik bertujuan mengeluarkan bunyi gitar melalui speaker amplifier. Gitar akustik boleh juga menggunakan amplifier namun haruslah mempunyai lubang untuk jack/cable input serta equalizer untuk pelarasan bunyi.
 |
Kabel Gitar |
4. Kabel Gitar – Untuk Gitar Elektrik bagi mengeluarkan bunyi ke speaker atau amplifier.
6. Aksesori – Pemetik Gitar(pick), strap gitar(tali penyandang). Selain itu, untuk gitar elektrik selalunya menggunakan effect/gadget bagi menghasilkan/mengubah bunyi .
 |
Pemetik Gitar |
 |
Tali Penyandang/Strap |
Penjagaan Gitar
1. Pastikan tangan anda tidak basah ketika bermain gitar bagi memanjangkan jangka hayat tali gitar anda.
2. Lap tali dan gitar sebelum dan selepas bermain gitar dengan kain bersih/kering menggunakan Lemon Oil dan seumpamanya bagi mengelakkan tali cepat berkarat. Ianya juga bertujuan membersihkan permukaan gitar anda dari daki dan kekotoran.
3. Jangan sandar gitar pada dinding, letaklah gitar pada gitar stand atau simpan didalam case selepas dimainkan.
4. Lakukan pemeriksaan berkala kepada setiap aspek gitar :-
Ø Keketatan skru pada tuning machine(knob pelaras untuk menegangkan tali gitar),
Ø Memeriksa permukaan fret serta minyakkan bahagian-bahagian tertentu untuk mengelakkan karat seperti bahagian bearing knob pelaras tadi.. Antara minyak yang boleh digunakan ialah Lemon Oil, Olive Oil atau jenis lain.
 |
Lemon Oil |
 |
Lemon Oil On Fretboard |
 |
Membersihkan Tali Gitar |
 |
Strings Cleaner |
Ø Lakukan “Intonation” iaitu pelarasan intonasi bunyi . Setiap tali yang dipetik(Open-String) mestilah sama frekuensi bunyi/note pada Fret ke-12. Iaitu (E Open String = E fret ke-12) - dilaras menggunakan tuner. ( Untuk beginner’s disarankan hantar ke kedai muzik untuk tujuan ini.)
Ø Intonasi adalah aspek penting bagi memastikan note gitar anda tepat setiap kali anda memainkan muzik.
Semoga dengan sedikit Tips Ini dapat membantu Anda Membeli Gitar Idaman/Pertama Anda!
Sekian untuk kali ini....Semoga Jumpa Lagi!!!
No comments:
Post a Comment