Nuffnang Ads

Sunday, 6 May 2012

Mari Belajar Gitar

Belajar Bermain Gitar Dengan Teknik Yang Betul

Salam Sejahtera Kepada anda Semua!

Sebagai permulaan, untuk topik hari ini kita akan belajar bermain gitar.
  Ini kerana saya sendiri mempunyai sedikit pengalaman dalam bidang ini dan memandangkan setakat hari ini kurangnya video-video dan informasi didalam bahasa melayu yang memaparkan kaedah serta teknik bermain gitar yang betul.
   Untuk video nanti pada tahap Intermediate akan saya updatekan kerana nanti kawan-kawan yang baru belajar susah faham. 
  So topik ini kepada yang berminat lah kan. Yang tak berminat tidak mengapa, mungkin ada produk atau topik lain yang bakal menarik minat anda nanti. Tunggu tau!

Baiklah ,sedikit pengenalan mengenai hobi ini :
1. Merupakan satu hobi yang menarik untuk mengisi masa lapang anda dari terbuang begitu sahaja.
2. Membolehkan anda bermain lagu-lagu dari artis kegemaran anda.
3. Sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira lelaki atau wanita.
4. Boleh dijadikan profession kepada yang betul-betul berminat nak jadi macam Man Kidal ke, namun sedikit nasihat ketahuilah bahawa industri kita hari tak menentu dan tidak meluas kerana kekangan bahasa dsb.
5. Apa yang dipaparkan hari ini adalah basic kepada kaedah bermain gitar, so kepada yang dah pandai sikit harap bersabar ye kita tunggu kawan-kawan kita yang baru nak belajar.

* Apa yang dipapaparkan di blog ini tidaklah lengkap kerana nak main gitar nie mestilah bertentang mata dengan guru sebab ini adalah aktiviti yang melibatkan kemahiran anggota dan idea. 

* Oleh itu kepada sesiapa yang serius dan berminat untuk belajar gitar serta berdekatan dengan area saya bolehlah menghubungi saya untuk menghadiri kelas belajar gitar secara perseorangan seperti yang telah saya iklankan didalam mudah.my untuk area Selangor dan KL sahaja atas nama Guitar Class Home Tuition ( Mr.Ijal).

Belajar Bermain Gitar.
1. Pertama sekali anda mestilah mengenal bahagian utama pada Instrument anda iaitu gitar.
-Gitar Elektrik & Gitar Akustik mahupun jenis Classical mempunyai bahagian yang hampir sama.
Setiap bahagian gitar mempunyai tujuan tertentu. Seperti contoh :

* Fretboard - tempat dimana kita menekan not-not yang hendak dimainkan.

* Sound Hole/Pickup area - tempat dimana kita memetik tali menggunakan pick/plectrum atau jari bagi menghasilkan bunyi.

* Tuning Peg/Mechine Head - alat/tempat untuk kita melaraskan ketegangan tali bagi mencapai frekuensi bunyi yang dikehendaki iaitu pada 440Hz(Standard). Boleh juga dilaraskan mengikut kesesuaian kepada Db iaitu kurang dari 440Hz seperti kebanyakan artis seperti Yngwie Malmsteen, Slash dsb. Ini lebih kepada identiti pemuzik dan kualiti bunyi yang hendak dihasilkan.

* b= flet ertinya rendah 1/2 tone dan # = sharp ertinya tinggi 1/2 tone.( akan saya terangkan nanti )


a. Kaedah memegang gitar :
   

b. Kaedah memegang pemetik gitar (pick/plectrum)
   


2. Kemudian anda mestilah mengetahui nama peralatan & teknik yang sinonim dengan permainan instrumen ini.
* Antaranya ialah :
a. Not           - Satu notasi bunyi pada 1 fret
b. Kord         - Gabungan beberapa not iaitu Not Pertama, Ketiga & Kelima dalam satu-satu key bunyi. 
c. Tuning       - Pelarasan tali gitar pada 440Hz menggunakan Tuner, Pitch Pipe dsb.
d. Tuner        - Satu alat untuk melaras ketegangan tali gitar kepada bunyi yang dikehendaki.

e. Strumming - Kaedah/teknik hayunan tangan mengikut rentak/genre setiap jenis muzik. Seperti contoh :   Rock, Dangdut, Pop, Ska dsb.
f. Scalling       - Turutan atau Modes atau susunan notasi muzik mengikut darjah/degree dalam setiap key bunyi.
g. Metronome - satu alat menghasilkan kiraan tempo/beat yang digunakan untuk latihan.
h. Effect          - alat atau gadget yang digunakan untuk mengubahsuai bunyi gitar seperti bunyi rock dsb.
i. Amplifier      - Speaker untuk gitar.
j. Modes        - Permulaan notasi skala muzik dimainkan iaitu perbezaan degree/darjah.
k Rhythm       - Guitar rhythm/irama yang mengiringi muzik. ( Selalunya guitais kedua dalam satu-satu band ).
l. Lead           - Guitar pertama dalam satu-satu kumpulan muzik. ( Yang kaki goreng tu!)
m. Bass         - Guitar Bass, yang bunyi garau/besar je tu. Seketul-seketul bunyi dia tu.
n. Root          - Akar ataupun key asal seseuatu lagu itu dimainkan.

* Pernyataan diatas mungkin agak mengelirukan kepada beginner namun jangan risau kerana setalah anda mahir dengan instrumen anda maka perkara diatas akan menjadi mudah.

* Not Gitar
                                                                          Not Gitar -12fret
* Kenapa 12 fret? 
- Kerana pada fret ke-13 not gitar akan berulang semula seperti pada fret pertama.
- Cuma ketinggian bunyi lebih tinggi pada fret ke-13 dipanggil octave.
- Sebagai contoh not pada tali Pertama terbuka(open string) ialah not E, maka not pada fret ke-12 ialah E juga iaitu octave kepada not E yang awal tadi. Octave nie ialah key yang sama tetapi level bunyi yang lebih tinggi atau rendah sahaja.

*   Kemudian anda perlu mengenal Kord iaitu gabungan beberapa not. Menjadi kebiasaan pada setiap normal kord terdiri daripada Not Pertama,Not ke-3 dan Not ke-5. Gabungan 3 not ini terhasillah kord.   
    
    Seperti contoh key/kord C, terdiri dari not C(root),not E( ke-3) dan G(not ke-5) dan key/kord Am, terdiri dari not A (root note/not pertama), Not C(not ke-3) dan Not E (not ke-5) dalam turutan Skala Am.

* Contoh Skala.
                       Major                                                                              Minor
               C D EF G A BC                                                             Am BC Dm EF G

- Perhatikan turutan not didalam major dan minor.
- Untuk beginner jika anda mahu menukar key lagu bolehlah menggunakan turutan ini untuk mengubah key lagu yang anda suka. Sebagai contoh anda biasa memainkan sesuatu lagu dalam key Am maka cuba ubah menggunakan key Dm.

* Perbezaan minor dan major kord - ialah kord major 1/2 tone/fret lebih tinggi dari kord minor.

Maka, turutannya akan berubah(transpose) menjadi
Key asal       : Am = Am  BC  Dm  E  FG
Key diubah   : Dm = Dm  EF  Gm  A BbB     -( Bb=B flet atau A# =A sharp)

* Begitulah seterusnya untuk key-key lain yang hendak diubah mengikut kesesuaian suara penyanyi dsb. 
- Kelebihan yang akan anda perolehi dari latihan ini ialah :

1. Memahirkan deria dan minda bawah sedar anda dengan key/family chord.
2. Jika anda bermain secara live andaakan berkebolehan untuk menukar key muzik secara spontan.
* Proses ini mengambil masa yang agak lama so diharap anda bersabar dalam belajar. 

* Terdapat beberapa jenis chords iaitu:-
1. Major Chords
2. Minor Chords
3. Diminished
4. Augmented dsb.

*Untuk permulaan anda hanya perlu mengenal 7 major kord, 7 minor kord.
* Untuk diminished & augmented tidak kritikal kepada beginners.

                                        
                                                                    Minor Kord
* Kebanyakan lagu-lagu Melayu bermula dengan key minor.
                                             
                               
                                                                      Major Kord
* Kebanyakan lagu-lagu Inggeris bermula dengan key Major.


Barre Chords
* Barre Chords ialah kord penuh terhasil dari penjarian jenis E, A dan C. 
- Contoh E, jika kita buat bentuk yang sama satu fret kebelakang akan terhasillah kord F, ditarik lagi 2 fret kebelakang iaitu pada fret ke-3 terhasillah kord G, Fret ke-5 kord A dan seterusnya sehingga fret ke 12. Pada fret ke-13 kord akan berulang semula kepada kord F sama seperti fret pertama cuma kedudukan bunyi kebih tinggi iaitu octave.

Sekian untuk kali ini....TQ 

Selamat Belajar!

2 comments:

  1. hehe...gud job. Saya mmg minat nak belajar main gitar...sekadar suka-suka. Dapat layan solid 2-3 lagu pun ok. Harap dapat tunjuk ajar sifoo...Selamat berjaya melangkah lebih jauh dalam bidang ini.

    ReplyDelete
  2. http://www.belajargitar.com/index.php?ref=mohdazizan95
    ~ni ada buku utk belajar main gitar dlm masa singkat~

    ReplyDelete